| AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
| Close | ||
| Loading..... |
|
| Case No. | 20250715-0182 |
| Case Status |
Closed |
| Date Created | 15/07/2025 03:51 PM |
| Category | Enquiry |
|
English version: Hi Talikhidmat, I hope you can help me route this query, as there is a lack of clarity on who is responsible for answering my question about anak Sarawak who are born outside Sarawak/Malaysia and their eligibility for Sarawak “K” (Sarawak Residence) status. The scenario is as such: 2 Sarawakians (husband and wife) with Sarawak “K” status on MyKad, validly married under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, give birth outside Malaysia. The child applies for a Malaysian passport, as is given a “A” (ie. West Malaysia) passport, while the parents have both “K” Malaysian passports and Sarawak “K” status on MyKad. According to NRD (National Registration Department), as long as one of the parents of the child is a Sarawak Resident, the child will be a Sarawak resident/ Sarawak “K” status. Please refer to “1. Pertanyaan mengenai status orang Sarawak yang dilahir di luar negeri Sarawak.pdf” attached to this ticket of written correspondence from NRD. This is consistent with other parts of the Sarawak government, where the criteria for EFS and BIB is that only one of the parent of the child needs to be Sarawak “K”, and is eligible even if they are born outside Malaysia. See “3. Kelayakan Endowment Fund Sarawak.pdf” and “4. Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin.pdf” attached to this ticket. However, immigration has issued these 2 Sarawakians (husband and wife) with Sarawak “K” status on MyKad, a West Malaysia (“A” passport), and have referenced directive AG/10/67/5 from the Sarawak Attorney General that a child born outside of Malaysia to anak Sarawak (Sarawak “K” status on MyKad) will not get a “K” passport automatically. See “2. Balas Imigresen Pertanyaan mengenai status orang Sarawak yang dilahir di luar negeri Sarawak.pdf” Thus, my questions are: 1. Why the inconsistencies between NRD, Immigration, and Ministry of Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development (KPWK), on what constitutes a anak Sarawak (ie. Sarawak “K” status)? 2. What is the process to get a “Certificate of Status”, as mentioned in correspondence IMI.029833/IM.101/Q-UPSKK/954(12) from immigration, to be considered anak Sarawak? What is the criteria, and documentation required? I hope Talikhidmat can assist with this query of mine. Thanks in advance. Versi Bahasa: Pihak Talikhidmat, Saya harap Talikhidmat dapat membantu dalam pertanyaan saya ini, kerana terdapat kekurangan kejelasan mengenai pihak siapa yang bertanggungjawab untuk menjawab soalan saya tentang anak Sarawak yang dilahir di luar Sarawak/Malaysia, dan kelayakan mereka untuk status "K" Sarawak (Sarawak Resident). Senario adalah seperti berikut: 2 anak Sarawak (suami dan isteri) yang mempunyai status “K” pada MyKad, berkahwin secara sah di bawah Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, melahirkan anak di luar Malaysia. Anak tersebut memohon pasport Malaysia dan diberikan pasport “A” (pasport Semenanjung Malaysia), sementara kedua-dua ibu bapa mempunyai pasport Malaysia “K” dan status “K” Sarawak pada MyKad mereka. Menurut JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), jika salah seorang daripada ibu atau bapa kepada kanak-kanak tersebut adalah Sarawak Resident, anak itu akan menjadi Sarawak resident/status “K” Sarawak. Sila rujuk kepada surat dari JPN “1. Pertanyaan mengenai status orang Sarawak yang dilahirkan di luar negeri Sarawak.pdf” yang dilampirkan kepada tiket ini. Ini selaras dengan bahagian lain/initiatif kerajaan Sarawak, di mana kriteria untuk EFS dan BIB adalah bahawa hanya salah seorang ibu bapa anak tersebut perlu mempunyai status “K” Sarawak, dan mereka layak untuk EFS dan BIB walaupun mereka dilahirkan di luar Malaysia. Sila rujuk kepada “3. Kelayakan Endowment Fund Sarawak.pdf” dan “4. Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin.pdf” yang dilampirkan dalam tiket ini. Namun, JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) telah mengeluarkan pasport Semenanjung Malaysia (“A” passport) kepada anak yang dilahirkan kepada 2 Sarawak resident/anak Sarawak (suami dan isteri) yang mempunyai status “K” Sarawak pada MyKad,, dan telah merujuk kepada arahan AG/10/67/5 dari Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak, bahawa anak yang dilahirkan di luar Malaysia kepada anak Sarawak (status “K” Sarawak pada MyKad) tidak akan secara automatik mendapatkan pasport “K”. Sila rujuk kepada “2. Balas Imigresen Pertanyaan mengenai status orang Sarawak yang dilahir di luar negeri Sarawak.pdf”. Soalan saya adalah: 1) Mengapa terdapat ketidakselarasan antara JPN, JIM, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) mengenai kriteria anak Sarawak (iaitu, status “K” Sarawak)? 2) Apakah proses untuk mendapatkan “Perakuan Taraf” (Certificate of Status), seperti yang disebut dalam surat-menyurat IMI.029833/IM.101/Q-UPSKK/954(12) dari JIM, untuk anak yang dilahir di luar Malaysia kepada 2 Sarawak resident (“K” Sarawak pada MyKad mereka) untuk mendapat status “K” Sarawak? Apakah kriteria dan dokumentasi yang diperlukan? Saya berharap untuk menerima maklum balas daripada Talikhidmat. Sekian, terima kasih |
|
No map provided
|
|
To protect user's privacy, any files that user has attached shall be hidden are considered CONFIDENTIAL by default. |
|||
|
1. Ministry of Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development ( Solved ) 18/07/2025 01:18 PM Untuk makluman, bagi permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS), anak tersebut adalah layak sekiranya salah seorang ibu atau bapa mempunyai indikator ‘K’ dalam MyKad, dengan syarat anak tersebut adalah warganegara Malaysia. 2. Immigration Department of Malaysia, Sarawak ( Solved ) 21/07/2025 09:07 AM Salam sejahtera; 3. National Registration Department of Sarawak ( Solved ) 17/07/2025 11:40 AM Untuk makluman, pemberian Indikator 'K' pada Kad Pengenalan bagi anak yang lahir di Semenanjung/Sarawak/Sabah/Luar Negara adalah berdasarkan Indikator pada Kad Pengenalan salah seorang ibu atau bapa (perkahwinan teratur). 17/07/2025 11:40 AM Untuk makluman, pemberian Indikator 'K' pada Kad Pengenalan bagi anak yang lahir di Semenanjung/Sarawak/Sabah/Luar Negara adalah berdasarkan Indikator pada Kad Pengenalan salah seorang ibu atau bapa (perkahwinan teratur). |
| For further information, please contact TALIKHIDMAT Call Centre @ 24/7 at 555999 (Fixed Line) or 082-555999 (via Mobile). You can also email us at 555999@sarawak.gov.my. |
 Back Copyright © 2016 TALIKHIDMAT Version 4.1.0 | Best viewed with FF3.6+, Chrome 8.0+ in 1280 x 800 screen resolutions | Online users: 214 | No. of visitors: 12606628 |
